Check Your Voting Status

Friday, July 1, 2011

9 Panduan Ringkas Bagi Peserta-Peserta BERSIH 2.0 [d/VIDEO]

by Zulqarnain Bin Lukman | LoyarBurok

Adakah saudara-saudari akan menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011?

Terutamanya bagi peserta-peserta yang belum pernah menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan di Malaysia sebelum 9 Julai, ‘Panduan Ringkas’ ini telah disediakan untuk makluman rakyat oleh Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat.

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis (Jika Polis berpakaian awam)

CATIT NAMA DAN NOMBOR ANGGOTA yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam

Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta PENGENALAN DIRI?
Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

JANGAN SEKALI-KALI MENYERAHKAN KAD PENGENALAN anda kepada polis hanya TUNJUK SAHAJA

Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. BILAkah anda diTAHAN?
Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat APABILA DITAHAN?
Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

Tanya apakah alasan anda ditahan

Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda SETELAH DITAHAN?
Anda BERHAK MEMBUAT PANGGILAN TELEFON kepada KELUARGA dan/atau PEGUAM dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. BERAPA LAMA Polis BOLEH MENAHAN anda?
Polis boleh menahan anda TIDAK MELEBIHI 24 JAM di balai atau lokap polis

Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan MAJISTRET untuk mendapatkan PERINTAH REMAN?
BERITAHU POLIS/MAJISTRET bahawa anda INGIN DIWAKILI PEGUAM

Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin MERAKAM KENYATAAN BERTULIS semasa dalam tahanan?
Kenalpasti NAMA DAN PANGKAT PEGAWAI YANG MENYOAL SIASAT anda

Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan UNTUK BERDIAM DIRI dari menjawab soalan dari pegawai polis

Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan POLIS TIDAK BOLEH MEMAKSA, MENGUGUT ATAU MEMUKUL anda jika anda enggan menjawab soalan


9. Bilakah anda DIDAKWA di mahkamah?
Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan Peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

______________

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

016 – 3126463
016 – 3126473
014 – 6451753
012 – 3928379


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails